Thanks to Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung sebab bagi info2 yang amat berguna yang boleh dikongsikan bersama mommy2 yang lain dekat sini.
Sedikit info tentang cara penyimpanan susu ibu (EBM).
Penyusuan ibu perlukan ilmu. Bila ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayinya secara eksklusif, semua ibu perlu tahu cara penyimpanan susu ibu yang betul. Kita mahukan yang terbaik untuk bayi kita kan?
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Secara ringkasnya, gambar di atas menunjukan jika anda menyimpan susu di:
- Peti sejuk bahagian bawah - susu tahan 3-5 hari bergantung pada suhu peti ais tersebut
- Peti sejuk bahagian atas/sejuk beku - susu tahan 3 bulan
- Deep Freezer - susu tahan 6 bulan
- Pada suhu bilik - susu tahan 4 jam
- Cooler Bag/Box - susu tahan 12-24 jam
Namun begitu, ada sedikit perbezaan jika anda menyimpan susu peti ais satu pintu dan peti ais 2 pintu. Dan bagi bayi pra matang, ada lebih perhatian yang perlu diberikan. Sila rujuk jadual Penyimpanan susu di bawah :-
Cara Menyahsejukbeku Susu:-
- Jika anda nak gunakan susu yang telah dibekukan esok hari, turunkan susu tersebut ke peti sejuk bawah pada sebelah malamnya.
- Bila bayi nak minum, rendamkan susu tersebut dalam air panas suam ( tidak terlalu panas kerana ia akan merosakkan nutrien dan antibodi yang terdapat di dalam susu)
- Goyangkan susu tersebut secara perlahan untuk memberikan suhu sekata pada susu dan rasa dahulu suhu susu sebelum memberikan terus kepada bayi.
- Jika bayi anda dijaga oleh pengasuh, seeloknya sediakan 'warmer' bagi memudahkan pengasuh memanaskan susu anda.
Panduan asas penyimpanan susu ibu:-
- Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
- Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
- Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk sekali penyusuan untuk satu bekas, contohnya 2 - 4 oz sahaja setiap bekas.
- Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
- Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.
- Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu dibahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
- Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.
- Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler beg) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
Info Tambahan Bagi Ibu Yang Bekerjaya
- Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa pulang menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalan pulang ke rumah ( walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa)atau bahagian atas freezer. Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit.
- Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersbut tidak boleh lagi dibekukan semula ia perlu disimpan di bahagian bawah (bahagian sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24jam dari masa ia mula mencair.
- Susu perahan lebih baik disimpan dibahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku ( freezer) jika susu perahan adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke 5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangkan tempoh hayatnya.
- Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar ( secara direct feeding), susu perahan yang disejukan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
- Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2jam). Jika pada penyusuan kedua tidak habis juga maka susu tersebut perlu dibuang.
Semoga artikel ini memberi panduan berguna untuk anda semua...