Tuesday, 7 December 2010
my life juz home, hubby n family...
Posted by
princess dania
21:17
Memang agak boring asyik duduk kat rumah jer tanpa buat ape-ape. Tapi nak buat camana kan? life must go on. Ermm hajat di hati kan nk blaja..bukan nak sambung degree, yang tu belum terbuka lagi hati nk perah otak ni. Apa yang aku fikirkan sekarang ni ialah nak sambung belajar ambil sijil kecantikan di Giat Mara untuk abik basic dulu mane tahu cita2 ku untuk membuka Spa dan butik kecantikan jadi kenyataan bak kata orang 'kalau tak mulakan langkah yang pertama sampai bila2 pun takan sampai ke destinasi'.
Sunday, 7 November 2010
Cuti-Cuti Cinta
Posted by
princess dania
18:18
Semalam hubby ajak kuar, so aku plan untuk pegi tgok movie dekat Times Square urmm..cuti cuti cinta jadi pilihan lakonan Nora Danish and Farid Kamil memang best so aku rekemen kan pada yang belum tengok lagi cite ni cepat-cepat la pegi tengok sebab korang takkan menyesal punya sebab sikit punya lawak. Korang pun tahu kan cat farish n the geng punya lawak memang takkan kering gusi dibuatnya.
Sinopsis Cuti Cuti Cinta mengisahkan Eeva Elyana (Nora Danish) anak tunggal Tan Sri Zaini (Zaibo) yang kecewa dipermainkan tunangnya, (Remy) Zed Zaidi. Tersepit dengan masalah yang dihadapi, Eeva mengambil keputusan melarikan diri tanpa arah tujuan. Kekecewaanya itu membawa Eeva ke pusat peranginan di Morib. Sikap Eeva yang gemar mendatangkan masalah kepada pekerja di hotel menemukannya dengan Omar Rudy (Farid Kamil). Sikap Omar yang melayani karenah Eeva tidak disenangi rakan sekerja yang lain iaitu Maliq (Adeep TFC), Kris Dayana (Wangi TFC) dan Fausrina (Zizie TFC). Sikap jeliknya telah menyebabkan mereka terperangkap di sebuah pulau. So selanjutnya korang tengok sendiri yer..
Nasi lemak 50sen.....
Nasi lemak 50sen.....
Thursday, 4 November 2010
Tuesday, 2 November 2010
Alhamdulillah..Segalanya Sudah Selesai
Posted by
princess dania
16:21
Penat belum lagi hilang sebab pergi bercuti..hehehe..tak jauh pun ke Penang saje. Sebenarnya dalam Malaysia kita ni banyak tempat yang boleh dilawati macam di Penang ni antara tempat menariknya adalah Pantai Batu Ferringgi, Padang Kota Lama, Persiaran Gurney dan banyak lagi.
Actually memang best dapat jalan2 kt Penang ni antara yang paling aku xleh nk lupa adalah makan nasi kandar Line Clear...urmm...kedai ni da ramai artis yang pegi sampai masuk paper lagi taw. Kenapa? Sebab sedap gilerrr...dan murah. Kebiasanya kalau kita makan kat kedai mamak harga nasi kandar ataupun nasi campur mesti cecah RM7-RM10 untuk satu pinggan tapi dekat Line Clear ni kita leh dapat RM6 dengan seketul ayam yg besar sayur and telur goreng. Ok tak?? Kalau nak taw betul ke tak boleh la menjengah sendiri.
Niat dihati nk merasa mandi di pantai Batu Ferringgi tapi apakan daya cuaca tak mengizinkan hari nak hujan la plak. Maklum la kan skarang ni musim banjir. Dapat snap beberapa pic, kami pun mula beredar tapi sebelum tu tak lupa untuk menjamah laksa Penang dan air kelapa yang di jual di pinggir jalan.
Opss!! sesampainya di Kl kami terkejut besar apabila melihat Berita Utama. Banjir besar berlaku di Utara Semenanjung. Fuhhh!! Alhamdulillah kami bernasib baik kerana pergi awal dan sempat pulang ke KL..kalau tak?? teruk jugak nk tunggu banjir tu surut baru boleh balik.
Wednesday, 27 October 2010
Finally, my wedding become true
Posted by
princess dania
02:43
Syukur ke hadrat Ilahi setelah sekian lama aku menunggu ternyata penantianku tidak lah sia-sia. 28 Oktober tarikh keramat yang amat bererti buatku kerana aku bakal bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang amat sempurna budi pekertinya. Walaupun pernikahan kami tidak la seperti yang diharapkan kerana terpaksa nikah gantung dahulu tetapi ia sudah cukup bermakna buatku. Ku panjatkan doa buatmu Ya Allah, kau kuatkanlah jodoh kami jauhilah kami daripada persengketaan yang berpanjangan kau berkatilah hubungan kami ini amin amin..
Engagement Pic
Subscribe to:
Posts (Atom)