Tuesday, 2 November 2010
Alhamdulillah..Segalanya Sudah Selesai
Posted by
princess dania
16:21
Penat belum lagi hilang sebab pergi bercuti..hehehe..tak jauh pun ke Penang saje. Sebenarnya dalam Malaysia kita ni banyak tempat yang boleh dilawati macam di Penang ni antara tempat menariknya adalah Pantai Batu Ferringgi, Padang Kota Lama, Persiaran Gurney dan banyak lagi.
Actually memang best dapat jalan2 kt Penang ni antara yang paling aku xleh nk lupa adalah makan nasi kandar Line Clear...urmm...kedai ni da ramai artis yang pegi sampai masuk paper lagi taw. Kenapa? Sebab sedap gilerrr...dan murah. Kebiasanya kalau kita makan kat kedai mamak harga nasi kandar ataupun nasi campur mesti cecah RM7-RM10 untuk satu pinggan tapi dekat Line Clear ni kita leh dapat RM6 dengan seketul ayam yg besar sayur and telur goreng. Ok tak?? Kalau nak taw betul ke tak boleh la menjengah sendiri.
Niat dihati nk merasa mandi di pantai Batu Ferringgi tapi apakan daya cuaca tak mengizinkan hari nak hujan la plak. Maklum la kan skarang ni musim banjir. Dapat snap beberapa pic, kami pun mula beredar tapi sebelum tu tak lupa untuk menjamah laksa Penang dan air kelapa yang di jual di pinggir jalan.
Opss!! sesampainya di Kl kami terkejut besar apabila melihat Berita Utama. Banjir besar berlaku di Utara Semenanjung. Fuhhh!! Alhamdulillah kami bernasib baik kerana pergi awal dan sempat pulang ke KL..kalau tak?? teruk jugak nk tunggu banjir tu surut baru boleh balik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment